Terma dan Syarat Penggunaan Data Satelit Terbuka Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)


Pengenalan
1. Data satelit di bawah inisiatif data terbuka adalah data satelit remote sensing kategori tidak terhad yang mempunyai resolusi melebihi 5 meter yang diterima di Stesen Penerima Data Satelit ARSM di Temerloh, Pahang atau daripada sumber luar.

Jenis Data
2. Data yang berkaitan adalah daripada satelit jenis optikal seperti berikut:

Bil. Data Satelit Negara Sumber
i. NOAA USA ARSM & NOAA
ii. MODIS USA ARSM & NASA
iii. Landsat TM USA ARSM & NASA
iv. SPOT 1-5 Perancis ARSM

Format Data
3. Data yang dibekalkan adalah dalam format Raw (data mentah) dan tertakluk kepada data dalam data arkib ARSM.

Copyright
4. Semua data satelit adalah hak pemilik satelit yang berkaitan seperti National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), NASA (MODIS dan LANDSAT TM) dan Airbus DS (SPOT 1-5).
5. Penggunaan data satelit adalah untuk tujuan bukan komersial sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemilik satelit dalam End User License Agreement.
6. Setiap penggunaan data yang diterbitkan MESTI menyatakan penghargaan kepada pemilik satelit dan sumber data daripada ARSM.

Ketersediaan Data
7. Ketersediaan data kepada pengguna dilaksanakan secara berperingkat dan tertakluk kepada keupayaan infrastruktur sedia ada.
8. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas berkaitan perkhidmatan data terbuka, sila hubungi pegawai khidmat pelanggan berikut:

a. Pn. Zainul Izzah bt Ahmad
  (03-26966875; izzah[at]remotesensing[dot]gov[dot]my)
b. Pn. Suziyanna bt Arshad
  (03-26966876; suziyanna[at]remotesensing[dot]gov[dot]my)


Pengecualian Liabiliti
Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun atas apa-apa tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan dan lain-lain), kecederaan, rasa malu atau liabiliti yang timbul daripada penggunaan data yang diperoleh daripada perkhidmatan ini atau maklumat yang terkandung dalam laman web ini.

I Agree to the Terms of Service